Leaderboard Nuffnang

Saturday, October 30, 2010

Cobalah Untuk Setia

Sejahat-jahat gua, takkan takda langsung sifat gua yang baik. Kadang-kadang bila gua jadi baik mesti sifat jahat dari orang lain menghentam gua. Ini  kah yang dinamakan karma? Karma merupakan konsep penganut agama hindu yang menegaskan apa yang telah berlaku akan berlaku semula. Kau buat jahat, nanti jahat tu hentam kau balik.  Jadi, adakah gua ditelan karma? Gua pernah jugak lah bila berkapel gua coba untuk setia. Gua serious, gua nak setia. Tapi bila gua dah setia macam-macam hal pulak yang jadi yang boleh buat kesetian gua tercabar. Bila gua nak setia, awek gua kasi pijak kepala gua. Dia tau gua sayang dekat dia. Jadi dia boleh buat sesukahati dia. Gua memang pendiam, tapi dalam hati gua dah macam mechanical machine dia berfungsi. Setiap saat yang berlalu gua berfikir panjang. Sebab tu gua diam. Gua tak suka marah. Gua serap je pressure yang gua terima. Kawan-kawan gua banyak cakap gua ini if kene hentam dengan awek gua bantai senyap. Diorang tak tau gua duk pendam jek. Tunggu masa nak pecah jek. Lu all tau kan. Kesabaran manusia ada had dia. Takda manusia yang boleh sentiasa bersabar kecuali Nabi-Nabi Allah. Dulu gua pernah sabar gila bila kene hentam dengan awek yang gua sayang. Tapi kesabaran gua dipijak-pijak pulak. Gua sedar. Gua takda buat salah apa sangat lah. Tapi gua sentiasa dihentam. Lama-lama gua dah tak tahan memang gua meletop. Sampai sudah gua tinggalkan awek tu. Nak buat macamana, bila orang tak reti nak respect gua. Bukan susah pon nak jadi peneman hidup gua. Apa yang gua nak adalah senyuman dari awek gua. Gua tak mintak lebih. Simple. Sampai mati lu dengan gua. Gua taknak pisang berbuah dua kali. Sekian dari gua. 


Friday, October 22, 2010

Puteri Shazeera Arina

 Pada tahun 2000 merupakan tahun pertama gua kenal seorang awek bernama Puteri Shazeera Arina. Pada tahun ini jugak la merupakan tahun pertama gua masuk ke alam sekolah menengah. Pada awal-awal perkenalan gua dengan awek ini gua hanya kagum dengan ketinggian awek ini sahaja.  Mana gua tak kagum. Ketinggian awek ini dah sama tinggi dengan ketinggian gua. Satu kelas gua panggil dia ‘tunjang’. Gua mampu gelakkan sahaja. Awek  ini antara awek yang boleh dikira hot jugak la dalam sekolah gua. Baru tingkatan satu dah kene aim dengan abang-abang senior. Gua apa kisah. Gua bukan minat pon dekat awek ini.

 Tahun pertama gua memang satu kelas dengan dia. Gua ingat lagi. Gua duduk belakang sekali dengan geng-geng gua. Dia pon sama sibuk nak duduk belakang dengan geng-geng dia. Tapi gua seronok sahaja. Dapat gua cuci mata. Mana taknya. Baju awek ini jarang dan tudung dia singkat. Gua dengan geng-geng gua dapat cuci mata. Sampai sekarang, gua tak tahu la awek ini perasan atau tak gua usha dia. Tahun kedua gua dah tak sama kelas sama awek ini. Gua dah lompat ke kelas pertama. Tapi awek ini still di kelas yang dulu. Tapi gua tak amik port sangat. Sebab gua belom lagi tangkap cintan sama dia.

 Tahun ketiga gua dah sama kelas balik dengan awek ini. Tahun ketiga jugak gua dah mula aktif bermain bola sepak. Even gua bukan dalam skuad kesebelasan utama, gua tetap bangga sebab dapat join team sekolah. Awek ini pulak join skuad bola jaring sekolah. Almaklumlah awek ini tinggi. Kadang-kadang gua dengan dia pergi pertandingan sama-sama. So bila gua lepak dengan team-team budak sekolah gua, ada senior gua nak try usha pulak awek ini. Tiba-tiba gua terasa tercabar. Mana boleh jadi ada orang luar nak usha budak kelas gua. Time tu jugak la gua keraskan hati suruh member awek ini kirim salam sama awek ini. Esoknya member awek ni bagitahu gua yang awek ini suruh gua kirim salam sendiri. Gua dah bantai pelik. Awek ini suka kat gua ke? Dah nak dekat PMR gua tarik awek ini ke belakang dewan. Gua dah ready dengan gaya-gaya romantic yang gua tengok dalam filem Kuch-Kuch Hota Hai. Gua Tanya awek ini. Lu suka sama gua ke? Awek ini respon baik punya dengan angguk kepala sambil senyum. Mata gua dah berpusing-pusing. Gua nak je lompat tapi gua tahan macho gua. Dalam hati gua dah macam sambutan hari raya meriahnya. Start dari hari itu gua dah kapel dengan awek yang bernama Puteri Shazeera Arina. Puteri Shazeera Arina merupakan awek pertama gua dalam hidup gua. Rupanya awek gua dah suka gua dari awal nampak gua lagi dulu-dulu. Gua je tak prasan sebab zaman dulu bawah meja gua selalu ada sahaja hadiah dari awek-awek yang gua tak berapa kenal. So gua tak pasti yang mana satu suka dekat gua.


Thursday, October 21, 2010

Berpura Single di Awal Matrikulasi


 Dulu masa tahun 2005-2006 gua ditempatkan di sebuah matrikulasi. Masa ini la pertama kalinya gua duduk bukan di rumah. Sebelum ini gua setiap detik di rumah gua. Nak kata gua manja takda la sangat. Gua dah selalu hidup sendiri, family gua bukanya ada dekat rumah sangat. So ada jugak la beberapa kali gua masak sendiri if mak gua takda dekat rumah. So bila jejak je kaki gua ke dalam dunia matrikulasi ini, gua tak gigil mana la. Gua dah biasa dah hidup sendiri-sendiri.

 Masa gua masuk matrikulasi ini gua sebenarnya dah ada awek. Ramai kawan-kawan gua dekat matrikulasi tak tau. Nama awek gua agak hebat jugak la, Puteri Shazeera Arina. Orangnya tinggi, nak sama tinggi dengan gua. Comel pulak tu. Gua kenal Puteri Shazeera Arina ini masa gua di bangku sekolah lagi. Masa tu gua satu kelas dengan dia. Gua suka usha dia. Ingat lagi masa tahun pertama gua usha dia. Gua dengan kawan-kawan gua duk pandang-pandang dekat bahagian dada dia. Siapa suruh dia pakai baju sekolah jarang tambahan dengan tudung pendek. Kan dah kene scan oleh gua dengan member-member gua. Last-last jadi jugak awek gua. Bila dah jadi awek gua, tak pakai pulak baju jarang dengan tudung pendek. Malang nasib gua.

 So bila gua dah masuk mastrikulasi. Gua bagitahu semua kawan-kawan gua yang gua ni single. Gua takda awek. Gua nak kene prepare habis-habisan la. Mana la tahu nanti ada awek dekat matrikulasi ini nak dekat gua. Gua masa matrikulasi ini suka pakai smart-smart. Dengan rambut belah tepi penuh gel, kemeja masuk dalam, tali pinggang tebal, seluar slack bermacam color dengan beg ditangan mak gua yang punya. Berkeletak-keletuk bila gua berjalan didepan awek-awek depan perpustakaan matrikulasi gua. harapkan awek-awek tergoda dengan gua. Sungguh tak sedar diri gua ini. Padahal awek gua di seberang sana duk rindu-rindu gua sebab gua dah lama tak jumpa dia. Bukan salah gua sangat, dah orang kata hubungan jarak jauh itu sukar. Gua setuju sahaja.




Pilot

 Check-check. Gua nak check sound je dekat sini. Nanti gua cerita habis-habisan pasal kisah hidup gua dari mula sampai sekarang. Inilah gua. Hakil Syahmi. Seriously if lu all baca blog gua nanti pasti lu all nak maki hamun gua. Ini lah gua. The Budak Jahat. Gua akan cerita dari awal persekolahan gua sehingga gua duduk di depan komputer sekarang ini. Gua akan cerita dari mana gua dilahirkan dan dekat mana gua bakal dikebumikan. Kisah hidup gua yang akan buat lu all nak muntah baca. Membuatkan lu all bertambah dosa duk kerana lu all mengutuk-gutuk gua nanti. Disamping itu gua pon nak cerita pasal kehidupan cintan-cintun gua. Kehidupan rosak gua. Kehidupan member-member seangkatan dengan gua. Segala macam la. Stay tune bersama gua. Hakil Syahmi, The Budak Jahat. Based on a true story.