Leaderboard Nuffnang

Thursday, October 21, 2010

Berpura Single di Awal Matrikulasi


 Dulu masa tahun 2005-2006 gua ditempatkan di sebuah matrikulasi. Masa ini la pertama kalinya gua duduk bukan di rumah. Sebelum ini gua setiap detik di rumah gua. Nak kata gua manja takda la sangat. Gua dah selalu hidup sendiri, family gua bukanya ada dekat rumah sangat. So ada jugak la beberapa kali gua masak sendiri if mak gua takda dekat rumah. So bila jejak je kaki gua ke dalam dunia matrikulasi ini, gua tak gigil mana la. Gua dah biasa dah hidup sendiri-sendiri.

 Masa gua masuk matrikulasi ini gua sebenarnya dah ada awek. Ramai kawan-kawan gua dekat matrikulasi tak tau. Nama awek gua agak hebat jugak la, Puteri Shazeera Arina. Orangnya tinggi, nak sama tinggi dengan gua. Comel pulak tu. Gua kenal Puteri Shazeera Arina ini masa gua di bangku sekolah lagi. Masa tu gua satu kelas dengan dia. Gua suka usha dia. Ingat lagi masa tahun pertama gua usha dia. Gua dengan kawan-kawan gua duk pandang-pandang dekat bahagian dada dia. Siapa suruh dia pakai baju sekolah jarang tambahan dengan tudung pendek. Kan dah kene scan oleh gua dengan member-member gua. Last-last jadi jugak awek gua. Bila dah jadi awek gua, tak pakai pulak baju jarang dengan tudung pendek. Malang nasib gua.

 So bila gua dah masuk mastrikulasi. Gua bagitahu semua kawan-kawan gua yang gua ni single. Gua takda awek. Gua nak kene prepare habis-habisan la. Mana la tahu nanti ada awek dekat matrikulasi ini nak dekat gua. Gua masa matrikulasi ini suka pakai smart-smart. Dengan rambut belah tepi penuh gel, kemeja masuk dalam, tali pinggang tebal, seluar slack bermacam color dengan beg ditangan mak gua yang punya. Berkeletak-keletuk bila gua berjalan didepan awek-awek depan perpustakaan matrikulasi gua. harapkan awek-awek tergoda dengan gua. Sungguh tak sedar diri gua ini. Padahal awek gua di seberang sana duk rindu-rindu gua sebab gua dah lama tak jumpa dia. Bukan salah gua sangat, dah orang kata hubungan jarak jauh itu sukar. Gua setuju sahaja.




No comments: