Leaderboard Nuffnang

Friday, October 22, 2010

Puteri Shazeera Arina

 Pada tahun 2000 merupakan tahun pertama gua kenal seorang awek bernama Puteri Shazeera Arina. Pada tahun ini jugak la merupakan tahun pertama gua masuk ke alam sekolah menengah. Pada awal-awal perkenalan gua dengan awek ini gua hanya kagum dengan ketinggian awek ini sahaja.  Mana gua tak kagum. Ketinggian awek ini dah sama tinggi dengan ketinggian gua. Satu kelas gua panggil dia ‘tunjang’. Gua mampu gelakkan sahaja. Awek  ini antara awek yang boleh dikira hot jugak la dalam sekolah gua. Baru tingkatan satu dah kene aim dengan abang-abang senior. Gua apa kisah. Gua bukan minat pon dekat awek ini.

 Tahun pertama gua memang satu kelas dengan dia. Gua ingat lagi. Gua duduk belakang sekali dengan geng-geng gua. Dia pon sama sibuk nak duduk belakang dengan geng-geng dia. Tapi gua seronok sahaja. Dapat gua cuci mata. Mana taknya. Baju awek ini jarang dan tudung dia singkat. Gua dengan geng-geng gua dapat cuci mata. Sampai sekarang, gua tak tahu la awek ini perasan atau tak gua usha dia. Tahun kedua gua dah tak sama kelas sama awek ini. Gua dah lompat ke kelas pertama. Tapi awek ini still di kelas yang dulu. Tapi gua tak amik port sangat. Sebab gua belom lagi tangkap cintan sama dia.

 Tahun ketiga gua dah sama kelas balik dengan awek ini. Tahun ketiga jugak gua dah mula aktif bermain bola sepak. Even gua bukan dalam skuad kesebelasan utama, gua tetap bangga sebab dapat join team sekolah. Awek ini pulak join skuad bola jaring sekolah. Almaklumlah awek ini tinggi. Kadang-kadang gua dengan dia pergi pertandingan sama-sama. So bila gua lepak dengan team-team budak sekolah gua, ada senior gua nak try usha pulak awek ini. Tiba-tiba gua terasa tercabar. Mana boleh jadi ada orang luar nak usha budak kelas gua. Time tu jugak la gua keraskan hati suruh member awek ini kirim salam sama awek ini. Esoknya member awek ni bagitahu gua yang awek ini suruh gua kirim salam sendiri. Gua dah bantai pelik. Awek ini suka kat gua ke? Dah nak dekat PMR gua tarik awek ini ke belakang dewan. Gua dah ready dengan gaya-gaya romantic yang gua tengok dalam filem Kuch-Kuch Hota Hai. Gua Tanya awek ini. Lu suka sama gua ke? Awek ini respon baik punya dengan angguk kepala sambil senyum. Mata gua dah berpusing-pusing. Gua nak je lompat tapi gua tahan macho gua. Dalam hati gua dah macam sambutan hari raya meriahnya. Start dari hari itu gua dah kapel dengan awek yang bernama Puteri Shazeera Arina. Puteri Shazeera Arina merupakan awek pertama gua dalam hidup gua. Rupanya awek gua dah suka gua dari awal nampak gua lagi dulu-dulu. Gua je tak prasan sebab zaman dulu bawah meja gua selalu ada sahaja hadiah dari awek-awek yang gua tak berapa kenal. So gua tak pasti yang mana satu suka dekat gua.


2 comments:

Anonymous said...

true is it?not bad...vey jahat.nxt entry pls..
~serena~

Anonymous said...

ta ckup jhat lg ni...